Home Artikel Dewan Pemuda PAS Malaysia

SRITI Selangor Hampiri Kejuaraan Sukan

182 views
SHARE

 

Sg Petani – Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor memberi gambaran awal akan merangkul kejuaraan sulung sempena Kejohanan Sukan SRITI Peringkat Kebangsaan yang di adakan di padang Hicom.

Dengan permulaan keputusan pasukan bola jaring yang sangat mengujakan apabila menang 15 tanpa balas bertemu tuan rumah Kedah pada perlawanan pertama dan disusuli dengan kemenangan ke 2 bertemu negeri jiran Negeri Sembilan dengan 9 gol tanpa balas.

Pertahanan bola jaring Selangor akhirnya gagal di pertahankan ketika pertemuan dengan Perlis yang berkesudahan dengan kemenangan 7 gol berbalas 1 buat kali ke 3 dan terus menempa kemenangan ke 4 dengan jaringan 7 gol berbalas 2 ketika bertemu dengan Pahang untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pasukan bola sepak juga tidak ketinggalan mencuri tumpuan dengan mengalahkan Pulau Pinang dengan 4 gol berbalas 0 dan disusuli kemenangan bergaya menentang tuan rumah Kedah dengan 3 gol tanpa balas.

SRITI Selangor memperolehi juara kumpulan bagi kedua dua acara yang di pertandingkan hari ini, Esok akan bermula dengan peringkat separuh akhir bagi kedua dua acara manakala acara balapan akan bermula esok yang juga dijangka akan mencuri tumpuan untuk merangkul kemenangan berganda buat Selangor.

Turut hadir di padang Hicom Ustaz Khalid Nayan yang merupakan Pengerusi Majlis Guru Besar Sriti Selangor.