Home Berita PAS Pulau Pinang

ZIARAH ASSABIQAT TAUT KEMBALI UKHUWAH

564
SHARE

Oleh : Farhani Fuad

BUKIT MERTAJAM, 31 Ogos : Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam (DMPKBM) telah menziarahi tiga orang Assabiqat (veteran) di kediaman mereka pada jumaat lepas.

Program ziarah ini bertujuan mengenang kembali jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat dengan DMPKBM.

Zainab Hamzah, mantan ketua DMPKBM antara Assabiqat yang telah diziarahi selain Maznah Ishak dan Zaharah.Beliau mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan program-program untuk Kelab Assabiqat.Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan untuk terus bersama DMPKBM.

Ketua DMPKBM, Noriah Ibrahim dalam ucapannya mengenang jasa semua Assabiqat yang telah menabur bakti.

“Kita eratkan semula silaturrahim dan terus berhubung.Kita juga mohon Assabiqat dapat mengaktifkan diri bersama DMPKBM dengan program-proram seperti zikir munajat dan lain-lain.

“DMPKBM juga akan membantu untuk mengaktifkan Kelab Assabiqat supaya generasi sekarang tidak melupakan dan kenal individu-individu yang istiqamah memperjuangkan PAS”, ujar beliau.

Selain itu, beliau mengingatkan semua muslimat yang hadir untuk mengamalkan surah Al-Ikhlas bagi membantu PRK Seri Setia.