Home Berita PAS Melaka

SRITI HARUN AR RASYID LONDANG MASJID TANAH MULA BEROPERASI

1465
SHARE
Guru Besar, Mohd Taufik Jamil sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah kini boleh berbangga atas kejayaan membuka SRITI yang pertama di dalam kawasan Masjid Tanah ini dengan tertubuhnya SRITI Harun Ar-Rasyid yang terletak di Kampung Londang di sini.

SRITI Harun Ar Rasyid ini beroperasi di bangunan sendiri yang di bina dengan sumbangan orang ramai ini dirancang sejak dari Julai 2017 lagi. Pembinaannya telah dimulakan pada Ogos 2019 dan siap baru-baru ini dengan usaha dari PAS Cawangan Kampung Londang sendiri.

SRITI ini yang akan mula beroperasi pada tahun 2020 ini dengan kumpulan pelajar pertama seramai 14 orang pelajar yang akan dibimbing oleh 3 orang guru.

Selain SRITI turut dibuka di kompleks ini ialah PASTI Harun Ar-Rasyid untuk pelajar-pelajar pra-sekolah. Setakat ini seramai 22 orang pelajar telah mendaftar dan bakal dibimbing oleh 3 orang guru.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi nama dan nombor telefon bimbit yang tertera di bawah :

1.Khairunnisa : 018-2990609
2.Guru Besar – Mohd Taufik Jamil : 0136316039

Pihak SRITI Harun Ar-Rasyid juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk menampung perbelanjaan sekolah ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank di bawah:

Maybank
554101513404
Pasti Harun Ar-Rasyid

Foto-foto sekitar hari pendaftaran SRITI Harun Ar Rasyid Londang