Home Artikel PAS Melaka

PAS CAWANGAN KAMPUNG LENDU DAN MTD KUALA LINGGI ANJUR PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA

149
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH – PAS Kawasan Masjid Tanah terus aktif mengadakan program-program kebajikan bagi membantu meringankan beban rakyat di kala sekolah bakal dibuka tidak lama lagi dengan mengadakan program ‘Gunting Rambut Percuma’ untuk pelajar-pelajar yang bakal memasuki sekolah tidak lama lagi anjuran PAS Cawangan Kampung Lendu dan PAS MTD Kuala Linggi.

Bertempat di Kampung Lendu, PAS Cawangan Kampung Lendu telah mengadakan program gunting rambut percuma bertempat di Markaz PAS Kampung Lendu. Menurut Pengarah Program, Nazri Ahmad, dengan menggunakan khidmat 3 orang tukang gunting program ini telah berjaya menarik penyertaan 42 orang pelajar yang ingin mendapatkan khidmat gunting rambut ini.

Selain aktiviti menggunting rambut turut dijalankan program edaran Harakah kepada orang ramai. Turut hadir di dalam program ini ialah Cikgu Arshad Md Som yang merupakan bekas calon PAS DUN Lendu dan pimpinanan PAS dan UMNO tempatan. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.30 tengahari.

Foto-foto sekitar program gunting rambut percuma PAS Cawangan Kmpung Lendu

Sementara itu di Kuala Sungai Baru, Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Kuala Linggi telah mengadakan program gunting rambut percuma bertempat di PASTI An Nur di sini. Pengerusi MTD Kuala Linggi, Azmi Sambul menjelaskan seramai 34 orang pelajar menyertai program ini melibatkan seramai 5 orang tukang gunting.

Program yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari tadi turut menyediakan sarapan untuk semua yang terlibat. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal bin Shamsudin.

Foto-foto sekitar program gunting rambut percuma anjuran MTD PAS Kuala Linggi