Oleh : Kamil Saufee
TANGGA BATU – PAS Kawasan Tangga Batu melangkah setapak lagi dalam sektor pendidikan dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Fattah Tangga Batu.
SRITI Al Fattah ini merupakan yang pertama dalam Kawasan Tangga Batu dan yang ketiga dalam negeri Melaka.
Sesi taklimat ibu bapa dan pendaftaran murid darjah satu telah diadakan pada hari ini (29 Disember 2019) dengan seramai 37 orang murid-murid telah mendaftar.
Program taklimat ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Shafiq Bin Ismail. Turut hadir dalam program taklimat ini Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Tuan Haji Rafie Ahmad merangkap penolong pengurus SRITI Al Fattah.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh guru dan pihak pengurusan SRITI Al Fattah. Dalam sesi taklimat, ibu bapa telah diterangkan tentang maklumat persekolahan anak-anak dari segi pendidikan, kokurikulum dan juga halatuju SRITI Al Fattah. Selain itu, turut diadakan sesi soal jawab antara ibu bapa dengan barisan guru dan pengurusan.
Program ini juga diserikan dengan majlis simbolik penyerahan murid daripada ibu bapa kepada guru kelas masing-masing.
Turut diadakan sesi penyerahan buku teks serta pakaian seragam sekolah kepada murid-murid.
Sebagai pelengkap acara, para ibu bapa dan murid disajikan dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.
Gambar-gambar sekitar taklimat.
Kelolaan Wartawan Rakyat Melaka (WARM)