SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

PASIR PUTEH, 22 Ogos: Program Kibaran Jalur Gemilang bersempana sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-64 tahun anjuran Skuad Upaya Malaysia sangat meriah dilaksanakan mengikut normal baharu.

Penyelaras program, Mohd Kufri Othman berterima kasih terhadap Kerajaan Pusat dan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap keperluan dan kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kita berharap Kerajaan Pusat yang baharu dibentuk ini terus cakna dan prihatin OKU agar golongan OKU mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama insan lain, katanya ketika ditemui di Selising.

Menurut beliau lagi, setiap tahun pelbagai aktiviti dianjurkan, namun tahun ini COVID-19 melanda dan pihaknya tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa.

Oleh itu, Skuad Upaya mengambil inisiatif menyuntik semangat patriotik dengan membuat hiasan Jalur Gemilang di kawasan rumah sahaja di samping mengagihkannya kepada sahabat OKU yang berdekatan.