Home Berita PAS Kelantan

Skuad Upaya Kelantan bantu golongan senasib

57
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KUALA KRAI, 5 Sept: Bagi memastikan keselesaan serta kebajikan golongan senasib, Skuad Upaya Kelantan (SKUAD UPAYA) tidak pernah berdiam atau terhenti dari terus membantu golongan yang memerlukan.

Terbaharu, mereka menyiapkan projek membaiki bahagian dapur rumah dua beradik orang kelainan upaya (OKU) yang rosak teruk, di Kampung Bukit Sireh.

Projek itu dilaksanakan melalui inisiatif SKUAD UPAYA mendapatkan dana sendiri daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan.

Gimik perasmian kerja-kerja memulakan projek telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman.

“Saya berterima kasih kepada SKUAD UPAYA atas usaha gigih membantu dan menjaga kebajikan sesama ahli.

Saya dimaklumkan, kos membaiki rumah OKU itu masih belum mencukupi. Untuk itu, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Ketua SKUAD UPAYA Malaysia, Othman Omar melalui WhatsApp 019-974 3512,” katanya selepas gimik perasmian.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi 3 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Faizal Yusof, Ketua Skuad UPAYA Kelantan, Helmy Deris dan wakil Pertubuhan Pembangunan OKU (PPO), Kuala Krai.