Home Berita PAS Kelantan

Skuad Sukarelawan Gaal santuni mangsa banjir di Temerloh

160
SHARE

TEMERLOH, 26 Dis: Berikutan banjir yang melanda penduduk di Pahang, Skuad Sukarelawan Gaal Cakna Kebajikan menjalankan misi pemulihan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas banjir di sekitar Temerloh, semalam.

ADUN Gaal YB Mohd Rodzi Jaafar berkata, kesemua sukarelawan dari Gaal menyertai gotong-royong di beberapa kawasan yang terlibat dengan banjir yang baru surut.

“Sebanyak empat buah rumah, termasuk kediaman Pengerusi Persatuan Perantau Kelantan Malaysia (PERAKAN) cawangan Temerloh berjaya dibersihkan bersama-sama. Selain itu, sumbangan bantuan kepada wakil Kelantan di Mentakab yang berasal dari Merkang, Pasir Puteh turut diberikan, setelah percubaan masuk ke penempatan mereka tidak berjaya akibat air yang masih bertakung di atas jalan dan jalan yang rosak teruk,” catatnya di laman sosial.