Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin ziarah amilin hidap kanser tahap empat

38 views
SHARE

Skuad Prihatin ziarah amilin hidap kanser tahap empat

LKK | 19 SEPTEMBER 2019

PETALING JAYA: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia telah hadir memberi sokongan dan bantuan kepada Hairati Othman di Taman Datuk Harun.

Hairati Othman merupakan AJK dan juga isteri ahli PAS Kawasan Kota Raja, kepada Md Resad Sanusi yang sedang bertarung dengan kanser tahap 4.

Timbalan Ketua Muslimat Petaling Jaya, Jamilah Dahlan menyambut mesra kedatangan Skuad Prihatin yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Petaling Jaya, Suree Pating, dan
AJK PAS Cawangan Sri Medan, Mazlan Ismail serta Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Medan Baru, Robayah Ahmad dan AJK cawangan yang lain.

Skuad Prihatin mengalu-alukan sumbangan bagi meringankan beban beliau membiayai rawatan dan perubatannya.

Bagi yang ingin menyumbang, salurkan sumbangan ke akaun Maybank DMPP:
5640 2540 0711.

Penyumbang digalakkan untuk SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada Dr. ‘Uyun di talian 019 – 357 7502.