Home Artikel PAS Sabah

Futsal persahabatan erat silaturahim PAS-Umno Papar

29 views
SHARE


Oleh: HASBULLAH BAHARUDDIN

PAPAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Papar melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS) telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan Pemuda Umno Papar yang berlangsung di gelanggang futsal Kg. Bambangan.

Seramai 15 orang pemuda terdiri daripada Pemuda PAS Papar dan Pemuda Umno Papar terlibat dalam perlawanan persahabatan ini.

Ketua Pemuda PAS Papar, Hendri Hamsah berkata bahawa aktiviti sebegini merupakan salah satu medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim, di samping menyihatkan tubuh badan.

“Aktiviti sukan ini akan dijadikan sebagai aktiviti bulanan bagi Pemuda PAS Papar,” katanya lagi.