Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin: Ziarah Kasih An-Najwa dan Haji Roslan.

234
SHARE

Skuad Prihatin: Ziarah Kasih An-Najwa dan Haji Roslan.

16 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR: Skuad Prihatin telah mengadakan lawatan keprihatinan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menziarahi Siti An-Najwa Muhammad Najhan.

Beliau dilihat sudah semakin pulih setelah menjalani pembedahan bagi kecederaan pada tulang muka dan tangan.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Zurina Din telah hadir menziarahi beliau dan membuat penyerahan sumbangan hasil bantuan orang ramai.

Seterusnya, Skuad Prihatin telah ke Bandar Tun Razak untuk menziarahi Haji Roslan yang memerlukan tabung oksigen.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Zurina Din telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban beliau mendapatkan bantuan peralatan kesihatan yang diperlukan.

Skuad Prihatin mendoakan agar Allah mengurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan ibadah buat Siti An-Najwa dan Haji Roslan.