Home Berita PAS Melaka

Skuad Prihatin LKK Dewan Muslimat PAS Santuni Masyarakat DUN Paya Rumput

731
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU – Menyelami kesempitan semasa rakyat, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) melalui Skuad Prihatin turun menyantuni rakyat melalui ‘Program Semarak Kasih Ramadan’.

Seramai 15 orang penerima berbeza latar belakang telah menerima sumbangan kit makanan dan wang tunai sumbangan Skuad Prihatin di sekitar DUN Paya Rumput yang telah dipilih sebagai lokasi program pada kali ini.

Rata-rata penerima yang ditemui berterima kasih atas keprihatinan PAS terhadap masyarakat dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Anida Haron ketika ditemui semalam berkata masih ramai lagi sebenarnya rakyat yang berada dalam kesempitan yang perlu diberi bantuan.

“Kita Skuad Prihatin berusaha apa yang termampu untuk meringankan sedikit sebanyak beban mereka.

“Program ini adalah program yang diselaraskan dari peringkat Dewan Muslimat PAS peringkat Pusat (DMPM) dan dilaksanakan di seluruh kawasan di Malaysia melalui Skuad Prihatin.” Ujar Anida

Program serahan sumbangan itu telah bermula seawal jam 11.30 pagi, diketuai oleh Penyelaras Dun Paya Rumput, Nor Azman Yusof bersama-sama dengan ahli jawatankuasanya.

Turut hadir mengalu-alukan rombongan Skuad Prihatin ialah Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Serahan sumbangan dilakukan dalam keadaan mematuhi garis panduan PKPB yang telah ditetapkan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)