Home Artikel PAS Melaka

Bubur Lambuk Perikatan Nasional DUN Paya Rumput Diedar Pada Masyarakat Setempat

583
SHARE


Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU : PAS MTD Paya Rumput bersama BERSATU Paya Rumput telah mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk dalam DUN Paya Rumput di sini, semalam.

Program yang diketuai oleh ADUN Paya Rumput YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen bermula pada jam 3.30 petang dengan berkumpul dan mengambil bubur di Kompleks Japerun Paya Rumput.

Rafiq bersama YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin kemudiannya mula mengagihkan bubur lambuk serta sumbangan barangan makanan asas kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Rafie Ahmad dan Pengarah MTD Paya Rumput Norazman Yusof. Program berakhir sekitar jam 6 Petang.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)