Home Berita PAS Kelantan

Skuad Kita Cakna sediakan khidmat teman mendengar

163
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 23 Ogos: Sepanjang pandemik COVID-19, terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, tekanan perasaan dialami kakitangan sektor awam dan petugas barisan hadapan termasuklah masyarakat awam.

Memahami situasi tersebut, Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (U-KeKWa) mewujudkan perkhidmatan tele-kaunseling melalui pasukan Skuad Kita Cakna, Fasilitator Mawaddah Centre, Penyelaras Pembangunan Armalah DUN, Penyelaras MESRA Parlimen dan Penyelaras OKU Parlimen.

Pengarah U-KeKWa, Ilvira Mohd Dasuki berkata Talian Cakna ini berfungsi sebagai teman mendengar iaitu perkhidmatan sokongan yang disediakan bagi membantu orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 serta memerlukan sokongan psikologi dan emosi.

“Talian ini dibuka kepada mereka yang memerlukan teman mendengar masalah, khidmat nasihat dan lain-lain khidmat untuk membantu orang ramai yang terkesan dari segi emosi dan psikologi.

Mereka boleh menghubungi talian mengikut DUN atau parlimen yang disediakan”, katanya ketika dihubungi.
Talian Cakna boleh dihubungi melalui nombor telefon pada contoh poster di bawah dan selanjutnya di http://nak.la/kG6g