Home Berita PAS Kedah

Skim harga Keluarga Malaysia ringankan beban rakyat

87
SHARE

KULIM, 30 Dis- Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) Negeri Kedah, Wan Romani Wan SalimExco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim bersama di Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Lotus Kulim, disini.

“Skim kawalan harga ini bermula pada 7 Disember lepas sehingga 31 Disember 2021 ini dan melibatkan 12 item barangan.”

“Skim ini merupakan langkah proaktif kerajaan bagi menstabilkan harga barangan keperluan yang dilihat sangat menekan kehidupan masyarakat ketika ini” ulas beliau ketika ditemui.

Turut bersama dalam walkabout ini Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Kedah ialah Tuan Shahran Mohd Arshad, dan pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP dari Cawangan Kulim.

Beliau turut menasihati para pengguna agar menjadi pengguna bijak dengan membuat laporan sekiranya ada para penjual yang menjual melebihi harga kawalan.

Dua belas (12) item barang kawalan tersebut termasuk ayam hidup, ayam proses, beberapa jenis telur ayam, sawi, cili, bawang dan beberapa barang keperluan asas yang lain.