Home Berita PAS Johor

Sinar Dhuha Tebrau Mart Lubuk Produk 100% Halal

2946
SHARE

Sinar Dhuha Tebrau Mart Lubuk Produk 100% Halal

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

JOHOR : PAS Kawasan Tebrau menerusi Lajnah Pembangunan Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS (LPE) agresif memasarkan produk bumiputera dan ditempatkan di Sinar Dhuha Tebrau Mart (SDTM).

“Dalam memperkasa jemaah Islam, kita perlu perkukuhkan ekonomi kerana kemajuan dari sudut politik berkait rapat dengan sumber ekonomi.” Ujar Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS negeri Johor ketika mengulas berkenaan kuasa beli muslim.

Menurutnya lagi, beliau optimis SDTM ini bakal mendapat tempat di hati masyarakat seperti mana penerimaan umum terhadap PASTI, SRITI dan SMITI.

Mengulas lebih lanjut berkenaan SDTM ini, beliau berkata setiap ejen akan dilantik bagi setiap empat zon bagi meluaskan lagi pemasaran.

Manakala dari aspek pembekalan, pengedaran dan penjualan produk -produk tersebut akan diselia oleh Tebrau Entrepreneur yang diketuai oleh Mohd Yasin Taib.

Lebih mengujakan, komitmen Sinar Dhuha Tebrau Mart turut membentuk satu sistem pesanan pelanggan yang lebih efisyen dan memudahkan.

Pelanggan hanya perlu mengisikan borang pesanan sahaja yang telah disediakan melalui format google forms selain servis penghantaran percuma ke beberapa lokasi berdekatan (free delivery).

Pesanan boleh dibuat melalui borang pesanan google form, dan borang pesanan ini boleh didapati di FB Sinar Dhuha yang mana, pembeli hanya perlu ‘tick’ sahaja mana-mana produk yang mereka inginkan.

Terbukti, PAS Johor terus komited mengorak langkah mengembangkan ekonomi umat Islam sekali gus menjamin kebajikan muslim di negeri tersebut.

Semoga dengan usaha ini dapat memudahkan lagi masyarakat untuk memilih barangan halalan toyyiban selari dengan prinsip Islam.