Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kenyataan Media PAS Negeri Perlis Berhubung Isu Penyokong PAS Sertai Pan

4403
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS
PAS PERLIS NAFI BERITA 80 ORANG PENYOKONG PAS SERTAI PAN

1. Berhubung dengan berita yang tular di portal malaysiadateline yang menyatakan seramai 80 orang penyokong PAS telah menyertai Parti Amanah Malaysia (Pan) pada 23 Februari lalu, saya selaku Pesuruhujaya PAS Perlis menyatakan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

2. Majlis itu telah diadakan di Kampung Seberang Ramai sempena lawatan Timbalan Presiden, Datuk Salahuddin Ayub pada Jumaat lalu di sini.

3. Bekas Pengurus Besar PPK Lubuk Batu, Mansor Ismail yang menyerahkan borang keahlian baru itu sebenarnya merupakan seorang bekas ahli Umno bukannya ahli PAS.

4. Manakala Nasaruddin Amran yang dikatakan mewakili 50 penyokong PAS dari Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis juga bekas ahli Umno.

5. Hakikatnya, ahli PAS yang menyertai Pan hanyalah berjumlah dua orang daripada Cawangan Seberang Alor, Kuala Perlis iaitu Wan Shaharudin bin Wan Ali (no ahli 0708560) dan Wan Shariman bin Wan Ali (no ahli : 0708540)

6. Oleh itu, saya menggesa kepimpinan Pan agar berhenti daripada terus mengamalkan politik fitnah yang kotor yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Yang Bertanggungjawab
YB MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
25 Februari 2019M / 20 Jamadilakhir 1440H