SIDANG PARLIMEN : SEGERA BUKAN MAKSUD TERBURU-BURU
Kebelakangan ini banyak pihak terutamanya pembangkang yang mendesak supaya segera diadakan sidang Parlimen atas alasan untuk memberi ruang kepada ahli Parlimen berbincang dan memberi pandangan mereka berhubung dengan masalah Covid-19 dan pemulihan negara.
Baru-baru ini juga Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja telah bermesyuarat dan kemudian menyarankan kepada Perdana Menteri (PM) supaya mengadakan segera sidang Parlimen dan saranan itu telah disambut baik oleh PM dengan membuat kenyataan bahawa Parlimen akan mula bersidang pada September 2021.
Namun tarikh ini masih tidak memuaskan pihak yang mendesak bagi mereka itu tidak menepati dengan kehendak YDPA yang bermaksud ‘segera’.
Kami berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan segera itu ialah tempoh yang munasabah dan bersesuaian mengikut keadaan semasa lebih-lebih lagi diwaktu kegawatan Covid-19 yang masih belum reda ini yang memerlukan kepada pelbagai persiapan keselamatan dan menyediakan kemudahan bagi tujuan pematuhan SOP yang pastinya bukan mudah untuk dilakukan dalam tempoh yang singkat. Sebagai pentadbir sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab kami setuju dengan tindakan PM yang telah
telah menyahut saranan YDPA bukan tunduk dengan desakan pembangkang.
Rakyat negara ini benar-benar mengharapkan agar sidang Parlimen yang bakal berlangsung nanti dimanfaatkan oleh semua ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang berbincang dan berhujah secara matang dan berakhlak baik tidak sentiasa panas dan tegang seperti sebelum ini.
Negara mengharapkan pemimpin yang bertanggungjawab untuk berbakti kepada sebuah negara bukan untuk kelompok tertentu sahaja dan rakyat dambakan wakil rakyat mampu untuk membela nasib mereka terutamanya diketika negara sedang diuji seperti sekarang ini.
Mari kita semua sepakat dan bermuafakat demi agama bangsa dan negara.
RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
21 Jun 2021 | 10 Zulkaedah 1442H
#KerajaanPrihatin
#MenangBersama