Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju konsisten bantu M40, B40

37
SHARE

WANGSA MAJU, 21 JUN : PAS Kawasan Wangsa Maju telah menyampaikan sumbangan #DAPURRAKYAT kepada 15 keluarga M40 dan B40 di Pejabat PAS Kawasan Wangsa Maju hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti, Ahmad Zikir Yazid mewakili YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri).

Ahmad Zikri berkata, bantuan yang disalurkan oleh YB Senator ini berbentuk pek makanan asas dan wang tunai kepada penerima bantuan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Kak Nuri dan PAS Wangsa Maju dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga dalam menghadapi PKP 3.0,” kata Ahmad Rosidi, 46 yang menerima sumbangan berkenaan.

PAS Wangsa Maju mengalu-alukan sumbangan orang ramai ke akaun CIMB Bank 8600101785 atas nama PAS Kawasan Wangsa Maju) atau dengan menghubungi Encik Jenalis di talian 0172638829 atau Pejabat PAS Wangsa Maju di talian 01138768585.