Home Berita PAS Terengganu

Sidang Meja Bulat ADUN Belia platform pemantapan kepimpinan muda

7
SHARE

KEMAMA – Sidang Meja Bulat ADUN Belia yang berlangsung di Safina Resort, Kijal menjadi platform penting dalam memantapkan kepimpinan muda serta memberi ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai isu-isu semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Kijal, Khairul Anas Harun berkata, sidang itu bukan sahaja memperkasakan daya fikir generasi muda, malah membuka peluang kepada mereka untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan komuniti setempat.

“Perbincangan yang diadakan membolehkan para belia mengutarakan idea serta cadangan demi kemajuan daerah Kemaman masing-masing.

“Khususnya dalam aspek pembangunan belia dan kepimpinan,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas program berkenaan.

Turut hadir, ADUN Kijal, Datuk Razali Idris yang menyempurnakan perasmian serta penggulungan program berkenaan.

Sebanyak tiga ahli panel yang terdiri dari ADUN Kijal, Chukai dan Kemasik iaitu Khairul Anas Harun, Aina Adam, dan Muhammad Fakhruddin Nordin.

Razali berkata beliau menyokong inisiatif tersebut sebagai langkah penting dalam membentuk pemimpin masa depan yang berkualiti.

“Semoga program ini dapat diteruskan lagi di setiap daerah supaya anak muda lebih berani kehadapan untuk menyuarakan pandangan dan idea mereka,” ujarnya.