Home Berita PAS Kelantan

SIDANG ’21 komited bersama kerajaan laksanakan DPRK, STEM

111
SHARE

KOTA BHARU, 3 April: Persidangan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) 2021 (SIDANG ’21) dan Kongres Pendidikan Rakyat 2022 anjuran Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) bersama Konfederasi NGO Kelantan (KNK) berjaya menghimpunkan 280 perwakilan mewakili 140 NGO di Hotel H-Elite Bandar Baru Tunjung, semalam.

Program bermula dengan pembentangan tiga kertas kerja; Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) Peranan NGO Dalam Membantu Pelaksanaan DPRK oleh Ustaz Che Kamaruddin Kamil Che Muhammad, disusuli kertas kedua Pendidikan Berteraskan Sains, Teknologi, Engineering, Matematik (STEM) Peranan NGO Dalam Menggalakkan Pendidikan Berteraskan STEM yang dibentangkan oleh Dato’ Dr Noraini Idris.

Manakala pembentangan terakhir bertajuk Peranan NGO Terhadap Sistem Pendidikan Infomal Dalam Masyarakat yang dibentangkan oleh Dr Nik Rahman Nik Yaacob.

Sesi sidang pleno merumuskan ‘Pendidikan Dalam Konteks, Apa Yang Rakyat Mahu’ yang mengetengahkan tiga ahli panel iaitu Wan Abdul Halim Mohammad, Mohd Adib Mat Saat dan Prof Madya Dr Hanif Yaacob sebelum di akhiri dengan bacaan resolusi SIDANG 21 dan Kongres Pendidikan Rakyat oleh Pengerusi KNK, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat diiringi Pengarah U-BeS, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin.