HULU LANGAT, 26 Dis – Setelah seharian memulakan misi kebajikan di kawasan bencana banjir, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Merbok (JAMKM) berehat mengisi malam dengan solat berjemaah & majlis ilmu.
Program ini dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohamad Zahir bin Abd Halim, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok yang menyampaikan taujihat kepada para amilin setelah seharian bermandi lumpur untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor.
Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah memulakan misi OPS Cuci bermula pagi semalam untuk membersihkan premis-premis yang terkesan akibat bencana banjir di pantai barat tanah air.
Komandan J.A.M. Kawasan Merbok, Mohd Affan bin Ammar berkata, setakat ini lebih 40 tenaga sukarelawan dari kawasan Merbok telah digerakkan untuk menjayakan misi berkenaan.
Menurut beliau, operasi mencuci tersebut akan tertumpu di sekitar Hulu Langat & Kajang.