Home Berita PAS Johor

Seruan kewajipan turun mengundi PRU15

102
SHARE

 

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 18 Nov : Sebagai rakyat Malaysia yang telah layak haruslah menunaikan kewajipan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 ini.

Demikian harapan yang disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam program Ceramah Mega PNBEST di padang Bukit Mor, Parit Jawa di sini kelmarin.

“Mengapa kita wajib mengundi? Ini adalah kerana memilih pemimpin akan dipersoal di hari akhirat nanti.

“Ketika Allah hendak mencipta Nabi Adam, Allah menyatakan kepada malaikat tentang tujuan menjadikan makhluk itu (Nabi Adam) adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tambah beliau lagi, memilih pemimpin itu adalah perlu sejak dari dahulu lagi. Dalam kalangan bani Israil, kebanyakan Nabi-nabi menjadi pemimpin mereka.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ketika baginda wafat, pemilihan telah diadakan di kalangan golongan Quraisy, Ansar dan lainnya untuk melantik siapa yang layak menggantikan Rasullulah.

“Oleh kerana bangsa Quraisy adalah bangsa yang majoriti, oleh itu wajarlah pemimpin yang dilantik selepas kewafatan Nabi adalah dari kalangan mereka yang berbangsa Quraisy.

“Saidina Abu Bakar telah sebulat suara dipilih kerana memang selayak untuk menggantikan Rasullulah,” ujarnya lagi.

Allah akan menyoal mereka yang memilih pemimpin di akhirat nanti atas apa yang dipilih. Pemimpin yang bersih dari segi akhlaknya adalah sebaik-baik pilihan.

Calon yang bersih dan stabil membantu kepada kejayaan sesebuah pentadbiran. Contoh boleh diambil dari pentadbiran kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah yang bebas daripada rasuah dan menjalankan urustadbir yang baik.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia, Tan Sri Muhyyiddin Yassin, Adun Maharani, Abd Aziz Talib, Pengerusi Assabiqun Malaysia, Dato’ Mahdfuz Mohamed, Ustaz Abdullah Husin calon parlimen Muar, Timbalan Bersatu Muar, Basut Nin dan mantan Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim.