Home Kenyataan Media PAS Kedah

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI JERLUN, INI MERUPAKAN GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT

154
SHARE

Alhamdulillah pertama dan selamanya saya merakamkan ketinggian kesyukuran terhadap Allah taala kerana limpah kurnianya telah memberikan kemenangan kepada Perikatan Nasional di Parlimen Jerlun ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pengundi-pengundi yang telah membuat keputusan memilih Perikatan Nasional sehingga kita mencatatkan sejarah dengan mendapat majoriti besar 20456.

Saya yakin dan percaya ini merupakan gelombang kebangkitan rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang Prihatin Bersih dan Stabil.

Gelombang kebangkitan pengundi muda juga merupakan salah satu faktor kemenangan besar yang kita kecapi ini.

Sesungguhnya kemenangan ini merupakan kemenangan milik kita bersama.

Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada semua petugas-petugas Perikatan Nasional Jerlun yang terdiri dari PAS dan BERSATU di setiap peringkat dalam bergabung tenaga, berkorban masa dan jiwaraga bagi memastikan kemenangan bergaya di P005 Jerlun ini.

Terima kasih juga buat anak Jerlun yang berada diperantauan untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan memilih perikatan nasional.

Semoga Allah membalas segala keringat yang telah dicurahkan dan mempermudahkan segala urusan kita semua.

Terima Kasih banyak buat semua.

Sirru ala barakatillah

Yang Benar,

Dr Abd Ghani Ahmad

Ahli Parlimen Jerlun.