Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Serangan Terhadap PAS Untuk Tutup Kelemahan PH

657 views
SHARE


SEMENYIH REFERENDUM PH TERHADAP TUN M

Kenyataan Media Penerangan. 268/139
16 Jamadil Akhir 1440 | 21 Februari 2019

Serangan Terhadap PAS Untuk Tutup Kelemahan PH

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapati serangan bertali arus pemimpin utama DAP dan PAN akhir-akhir ini adalah untuk menutup kelemahan mereka dalam kerajaan.

2. Walaupun PAS tidak bertanding dalam PRK Semenyih tetapi serangan dari mereka terhadap PAS seolah-olah seperti mereka dalam keadaan yang paranoid.

3. Rakyat melihat kerjasama dalam kalangan PH sudah renggang. Hanya PPBM dilihat menunjukkan komitmen dalam PRK Semenyih, sebaliknya parti-parti lain seolah-olah tidak ambil peduli.

4. Kekalahan PH dalam PRK Cameron Highlands tempoh hari adalah bibit perpecahan dalam PH.

5. Oleh sebab itu, seorang AJK DAP Johor lantang mengkritik dan mendesak YAB PM meletakkan jawatan beberapa hari lalu.

6. Mereka menganggap hanya Tun Dr Mahathir adalah liabiliti semasa PH dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Maka, PRK Semenyih adalah ‘referendum’ PH terhadap Tun Dr Mahathir.

7. PAS yang telah menghidu percaturan politik komponen PH telah berjumpa dengan YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

8. PAS telah menyatakan sokongan dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu serta mahu beliau meneruskan kepimpinan sehingga akhir penggal.

9. Sekiranya berlaku pertukaran jawatan PM disebabkan pergolakan dalaman PH, PAS bimbang kepentingan rakyat akan diperjudikan.

10. Setakat ini banyak pendirian PM selari dengan tuntutan PAS antaranya seperti isu ICERD, LGBT, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, Israel dan umat Islam di Myanmar.

Islam Memimpin

Sekian