Home Berita PAS Terengganu

‘Seraga Hijau’ tampung belanja dapur

26
SHARE

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 100 orang surirumah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal menerima ‘seraga hijau’ sebagai menampung perbelanjaan dapur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sumbangan yang dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun itu mensasarkan penerima yang berlainan di setiap kampung dalam DUN itu.

“Walaupun nilaiannya tidak seberapa tapi bersyukurlah kita kerana kita antara 100 orang yang terpilih menerima sayur dan ayam sebagai lauk kita hari ini dan tak payah membeli untuk.pagi ini” ujarnya.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu itu berkata demikian di Program Seraga Hijau yang berlangsung di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Wakaf Mempelam hari ini.

Turut hadir Ketua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Wakaf Mempelam, Ustaz Zulkifli Muhammad.

Menurut Wan Sukairi, sumbangan berupa bahan basah yang terdiri ayam dan sayur sayuran seperti terung, timun, cili, sawi , lobak merah dan labu yang masukkan ke dalam bakul atau raga.

“Kita mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban ketua keluarga walaupun tidak sebanyak mana, ” tambahnya lagi