Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semboyan Jihad Buat Jentera Muslimat

1977
SHARE

31 Mac, Temerloh : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia menyampaikan taujihat kepada muslimat PAS yang hadir dalam program Fastaqim Muslimat Pahang.

“Kita PAS bercita-cita besar untuk memenangi PRU-14 kali ini”, beliau memulakan ucapan dengan mengingatkan jentera bahawa PAS ingin menang dalam PRU-14.

Beliau dalam ucapannya juga mengajak dan menyeru seluruh muslimat untuk berjihad memenangkan PAS iaitu bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Selain itu, beliau juga menegaskan seluruh jentera muslimat untuk berazam melaksanakan solat sunat hajat setiap hari sekurang-kurangnya sekali, memohon kepada Allah S.W.T dengan penuh pengharapan agar dikurniakan kemenangan kepada Parti Islam Se-Malaysia PAS.

“Ustazah minta kita semua terus-menerus merayu dan merengek kepada Allah, selain jangan melakukan perkara yang Allah larang, insyaAllah Allah S.W.T akan menolong hamba-Nya”,

Sebagaimana dalam Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud,

“Jika Allah menolong kamu untuk mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika mereka mengalahkan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah? Dan ingatlah kepada Allah jualah orang beriman itu berserah diri”

Di akhir ucapan, Ustazah menegaskan sekali lagi agar semua jentera meninggalkan perkara maksiat dan kejahatan kerana inilah kunci kemenangan yang ada.

“Jika kita nak lawan dari sudut kekuatan fizikal, memang dah lama kita kalah, tapi kita ada asset lain yang perlu kita laksanakan dalam diri kita iaitu ketaatan yang mutlak kepada Allah dan rasul”