Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Misi SAR Mangsa Lemas Selesai

1348
SHARE

Kuantan, 3 April – Misi mencari & menyelamat (SAR) mangsa lemas di Pusat Perkelahan Pasir Kubur, Sg. Lembing telah selesai apabila dua orang mangsa lemas telah berjaya ditemui pagi tadi.

Mangsa pertama telah ditemui pada jam 8.00 pagi dan mangsa kedua ditemui pada jam 10.00 pagi lebih kurang 500 meter dari tempat mangsa lemas.

Penyertaan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) serta Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang (JAMNP) dalam misi SAR ini bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain iaitu Bomba, Polis dan Agensi Pertahanan Awam (APM).

 

Misi ini telah bermula sejak pagi semalam selama dua hari dan JAMKK telah menurunkan 2 buah bot dan seramai 15 orang anggota.

Jabatan Amal berusaha komited dalam usaha membantu agensi kerajaan dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat.