Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN
NAKA, 8 Oktober – Petang semalam Pegawai Khas, Encik Mohamad Talib dan pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu mewakili Yang Berhormat (YB) Mohd Radzi Md Amin meninjau rumah yang dilanda ribut dan memberi bantuan kepada mangsa ribut.
“Pasukan kami segera ke rumah mangsa ribut setelah mendapat panggilan telefon daripada penduduk yang memberi aduan bahawa rumah kena ribut” kata Pegawai Khas kepada Media PKWR Dun Pedu.
Sebanyak sembilan buah rumah yang dilanda ribut iaitu tiga buah rumah di Kampung Baru Masjid, dua buah rumah di Kampung Masjid Lama, tiga buah rumah di Kampung Tanjung Thai manakala Kampung Tanjung Pedu sebuah rumah.
Turut serta Encik Mohd Zulpikeri Ahmad Lajnah Bencana dan Alam Sekitar Pas Padang Terap.