Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | PAS tetap mahu bersama Bersatu dan Umno hadapi PRN

102
SHARE

PADA saat ini keputusan samada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dilakukan dalam masa 60 hari dari tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan masih lagi dalam status berteka-teki.

Ini susulan tindakan Kerajaan Negeri Melaka mungkin memohon agar darurat diisytiharkan di negeri ini bagi membolehkan PRN ditangguhkan.

Nampaknya Pakatan Harapan (PH) sudah pasang badan dan teruja untuk menghadapi PRN ini. Mereka nampak tambah bersemangat selepas BN mengumumkan tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan PH. Mereka nampak yakin bahawa dengan pertandingan tiga penjuru melibatkan parti-parti Melayu utama ini akan memberi kelebihan kepada mereka.

Itulah kebimbangan PAS terhadap apa yang mungkin berlaku ini. PAS bimbang kita semua akan kalah dan duduk menjadi pembangkang semula.

Iya, kita boleh mencuba nasib bertanding bersendirian. Mungkin BN boleh menang mengalahkan PN dan PH lalu dapat membolot kesemuanya tanpa perlu berkongsi.

Begitu juga PN, juga mempunyai peluang untuk menang dan membentuk kerajaan sementara BN dan PH menjadi pembangkang. PH pun sama, ada peluang ini juga.

Namun secara logik matematiknya apa-apa pun yang terpecah dua akan jadi menjadi lebih sedikit. Tidak mungkin sesuatu dipecah dua menjadi lebih banyak. 10 dipecah dua akan menjadi 5-5. Tidak mungkin 10 dipecah dua menjadi 12-5.

Penulis selalu terfikir, apalah yang susah sangat untuk parti-parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Bersatu ini untuk bersama-sama bersatu menghadapi PRN ini dalam satu pakatan?

Kita hanya perlu meletakkan ego kita jauh-jauh, bertolak ansur dan melupakan segala sejarah hitam kita dahulu dan mensucikan hati dengan ikhlas menyambut salam persaudaraan ini. Paling tidak pun demi untuk menyelamatkan bangsa Melayu.

Apa akan jadi jika PAS, Umno dan Bersatu semuanya menjadi pembangkang akibat pertembungan tiga penjuru? Adakah kita lebih sanggup sama-sama tak dapat kuasa semata-mata kerana rasa rugi berkongsi kuasa?

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM