Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

SEMBAH TAKZIAH BUAT SELURUH KELUARGA ALMARHUM AYAHANDA TUNKU TEMENGGONG KELANTAN

293
SHARE

SEMBAH TAKZIAH BUAT SELURUH KELUARGA ALMARHUM AYAHANDA TUNKU TEMENGGONG KELANTAN

إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون .
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali,”

Sembah takziah buat seluruh keluarga Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Di-Pertua Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz atas pemergian ayahanda Almarhum YBM Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Ibni Al-Marhum Tengku Muhammad Hamzah yang telah mangkat pada pagi tadi di Hospital Gleneagles.

Seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia mendoakan, semoga Allah menerima segala amalan almarhum dan mengangkat darjatnya disisi Allah, Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia dan ditempatkan dikalangan para solihin,

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

“Wahai Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia,”

Daripada
YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

20 September 2020

2 Safar 1441