Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dakwah Melalui Media: Jadi Mata Rantai Perjuangan Islam

356
SHARE


Dakwah Melalui Media: Jadi Mata Rantai Perjuangan Islam

Oleh: Nurul Ashidah Johari

AYER KEROH: IT Speed Training 5.0 melabuhkan tirai dengan penyampaian hadiah kepada pemenang montaj terbaik dan sijil penyertaan program zon selatan ini.

Menerusi program itu, tiga siri modul telah diadakan iaitu Bengkel Montaj Mudah, Bengkel Video dan Bengkel SISPRO melibatkan lebih 60 orang peserta daripada tuan rumah,Melaka dan negeri-negeri lain iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan.

Rata-rata penceramah mengingatkan agar ilmu dan segala pengalaman yang telah dikutip sepanjang bengkel kali itu perlu dimanfaatkan sebaiknya dan terus sebar dakwah melalui media terkini seperti FB, Instagram, video, twitter dan sebagainya.

“Sampaikan ilmu dan kemahiran ini kepada rakan sahabat yang tidak dapat hadir serta perlu letakkan KPI bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan berkala, dan pastikan gerak kerja tersusun dan mobilasikan tenaga anak muda di seluruh kawasan atau negeri masing-masing,” demikian antara pesanan mereka.