Home Berita PAS Kedah

Sembah Tahniah sempena Hari Keputeraan rasmi DYMM YDP Agong

47
SHARE
PAS Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Patik semua mendoakan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kedaulatan serta kesejahteraan.
Patik semua juga berdoa mudah-mudahan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta semua putera, puteri dan seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat-Nya jua, dilanjutkan usia zaman serta berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sembah Tahniah,
Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
7 Jun 2021 Bersamaan 26 Syawal 1442H