Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Dirgahayu KDYMM Tuanku – BPPWP

11
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputercayaan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam keadaan sihat walafiat serta kesejahteraan yang berpanjangan.

Begitu juga didoakan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh Kerabat Diraja.

Semoga Tuanku sentiasa dalam bimbingan Allah SWT dalam memimpin Malaysia sebagai Ketua Negara dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan tanahair yang sangat dicintai.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

“Wilayah Sejahtera”

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
7 Jun 2021 l 26 Syawal 1442H