Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semarak Kasih Ramadhan Dan Gelombang AKIFI Siri 7.0 di Perak

839
SHARE

SITIAWAN 26 MEI 2017- Semarak Kasih Ramadhan telah berlangsung dengan suasana meriah di Kompleks Taqlim, Batu 7 Lekir Sitiawan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah turut hadir memberikan sumbangan kepada seramai 30 orang penerima bantuan bagi program Semarak Kasih Ramadhan di sini yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Lumut.

           

Sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti beras, minyak masak, gula, susu dan lain-lain diserahkan kepada penerima bantuan di Kompleks Taqlim disertai oleh Ketua Muslimat DMPM, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, serta Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut Puan Rohawati Abidin ada bersama-sama dalam program ini.

Sebelum SKR berlangsung, program Gelombang AKIFI Siri 7.0 di Dun Pasir Panjang, Parlimen Lumut dihadiri seramai 80 orang muslimat yang terdiri daripada muslimat kawasan Beruas, kawasan Parit dan kawasan-kawasan yang berdekatan menunjukkan betapa komited dan semangat juangnya Muslimat Perak ini dari segenap lapisan umur.

Diharapkan Gelombang AKIFI ini terus dijadikan agenda penting bagi setiap negeri, kawasan dan cawangan bagi mengimarahkan majlis kerohanian, menyemarakkan lagi semangat jihad serta dapat memupuk ukhwah sesama ahli dalam meneruskan gerak kerja di lapangan dakwah.

Selain itu juga semboyan PRU 14 melihatkan tanda-tanda semakin hampir. Justeru Gelombang AKIFI ini perlu dipergiatkan lagi hingga ke akar umbi dengan mengaktifkan Skuad Munajat bagi memohon pertolongan dari Allah agar memberi kemenangan dalam PRU 14 akan datang insyaallah.

Program anjuran Lajnah Politik dan Pilihanraya DMPM, bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut.

 

{jathumbnail off}