Home Berita PAS Perak

Ramadhan Peluang Dekati Masyarakat Pelbagai Cara

681
SHARE

Ramadhan Peluang Dekati Masyarakat Pelbagai Cara


KUALA KANGSAR : Semperna Ramadan kali ini, Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar mengambil kesempatan untuk turun mendekati masyarakat khususnya pemuda-pemuda di sekitar Kuala Kangsar.

Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar mengambil peluang untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pengisian dan amalan yang perlu diberi perhatian bagi memperolehi keberkatan bulan Ramadan, 26 Mei lalu.

Untuk generasi muda khususnya perlu menjadikan Ramadan sebagai bulan latihan untuk meningkatkan ibadah dan menghidupkan sebahagian malam dengan solat tahajud dan bacaan Al-Quran. Aktiviti seperti mengedarkan takwim dan risalah Ramadan kepada masyarakat di sekitar Kuala Kangsar bahkan pengisian tazkirah turut disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Kuala kangsar, Ustaz Omar Adam.

Antara inisiatif yang lain, Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar menerbitkan video-video pendek dengan pengisian tazkirah untuk manfaat seluruh masyarakat Islam. Sementara itu, Jabatan Amal Kuala Kangsar juga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan program cucian amal di surau-surau dan masjid yang terpilih di sekitar daerah Kuala Kangsar.

Bermula dengan Surau Kampung Tior, seramai 5 anggota Unit Amal yang terlibat bergotong royong membersihkan seluruh kawasan surau termasuk tandas. Program tersebut berlangsung selama 3 jam sebelum mereka menamatkan kerja pada jam 6.30 petang.

Usaha murni itu menarik perhatian dan minat orang-orang kampung untuk turut sama menyertai di dalam kerja gotong royong cucian amal .

“Program cucian amal ini merupakan salah satu bentuk dakwah dalam mendidik masyarakat tentang kesedaran menjaga kebersihan yang dituntut dalam Islam.

“Saya berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi contoh ikutan masyarakat,” ujar Komandan Jabatan Amal Kuala Kangsar, Yahya Ahmed Fauzi.

{jathumbnail off}