Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Senyuman Ramadhan

886
SHARE

1 Ramadhan 1438 Hijrah, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang dipimpin oleh Pengerusi LKK DMPM, Dr. Uyun Malek bersama Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka Hajah Kintan Man dan disertai oleh muslimat PAS Kawasan Tangga Batu dan Masjid Tanah telah menziarahi 5 buah keluarga.

Semarak Kasih Ramadhan diteruskan oleh Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS di Melaka sejurus selepas program Forum ‘Serikandi Mujahidah Sejahtera Malaysia’ di Ayer Keroh.

Senyuman terukir di bibir penerima dengan rasa syukur dan berbesar hati dengan kunjungan daripada Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS. Antara sumbangan yang diberikan adalah seperti barangan keperluan makanan seperti beras, minyak masak, gula, susu dan lain-lain.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh hulurkan ke Akaun Maybank Dewan Muslimat PAS Pusat 5640 2540 0711

                      
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Marilah merebut peluang di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat dari Allah. Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya.

{jathumbnail off}