Home Berita PAS Kedah

Semarak Ihya ramadhan medan wakil rakyat berbakti

103
SHARE

Oleh AIN NISRINA

PENDANG, 29 Apr : Ramadhan kali ini membuka lembaran dan peluang bagi wakil-wakil rakyat untuk menyebarkan bakti dan mendengar suara-suara rakyat-rakyat di sekitar Pendang.

Dalam misi kali ini, YB Datuk Haji Awang Hashim yang merupakan Ahli Parlimen Pendang mengambil peluang untuk turun padang bersama-sama YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dalam menyantuni rakyat di sekitar Kobah dan masjid sekitarnya.

Apa yang untungnya warga Pendang ialah, sumbangan tetap tidak lekang untuk diberikan kepada penerima yang layak. Iaitu seramai 35 penerima yang mendapat sumbangan dari YB.

Tambahan pula, jiwa sebagai pemimpin ini sentiasa memahami jiwa rakyat-rakyatnya. Komitmen dan tugasan yang berat sebagai timbalan menteri dan exco kerajaan negeri tidak mengecualikan mereka untuk tidak turun di lapangan.

Inilah kerja yang disahut dan dipikul oleh YB Datuk Awang dan Dato Dr Hayati yang berusaha mengisi jadual padat dengan hadir menziarahi beberapa buah rumah warga emas dan orang sakit di sekitar situ bagi mendengar keluhan dan luahan dari mereka.

Tidak lupa juga dalam menghayati bulan Ramadhan yang barakah ini, tazkirah dan peringatan sentiasa diratib oleh YB Datuk Awang sendiri.

Di mana beliau sempat memesan kepada rakyat untuk sentiasa memanfaatkan bulan Ramadhan ini dalam meningkatkan amalan-amalan sunat.

“Kita buatlah suruhan perintah yang disunatkan kepada kita dalam bulan Ramadhan ini. Allah nak beri pahala. Angkat tangan, mohon ampun dan taubat. Sebab Allah dah janji, selagi nyawa belum sampai di halkum, pintu taubat masih terbuka”.