Home Berita PAS Kedah

“Self-lockdown” perlu bagi meredakan covid 19

200
SHARE

Oleh AZIZAH AKHILAH

ALOR SETAR, 19 Mei : Peningkatan kes covid di Kedah amat membimbangkan terutama di kota setar dan kubang pasu.

Hari ini penggunaan katil di ward ICU Hospital Sultanah Bahiyyah telah mencecah 92%, Penggunaan oksigen pula sangat tinggi bagi kes kes baru (varian baru) kemungkinan kerajaan menghadapi kesuntukkan bekalan oksigen , jadi dinasihatkan rakyat agar mematuhi SOP kerana penularan covid kali ini semakin serius.

“Self lockdown amat baik untuk kita semua sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat taiwan bagi mengekang penularan covid 19 menjadi lebih parah.”Self-lockdown” (Kawalan Pergerakan Kendiri) ini boleh dilaksanakan bersama-sama bagi membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam mengekang perebakan Covid-19 agar dapat dikawal,Sekiranya kita dapat melaksanakan semua ini secara sukarela dan menggalakkan kenalan sanak saudara dan sahabat handai untuk turut serta, saya percaya kita akan berjaya di dalam peperangan melawan Covid-19 ini  kita perlu jaga diri kita, jangan harap orang lain jaga diri kita. Sebagai ketua kerajaan, saya nak jaga rakyat Kedah yg saya sayang.” Menurut Menteri Besar.

Pihak kerajaan telah menyediakan peruntukkan bakul makanan hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukan.

Di daerah kubang pasu diperuntukkan syiling 2000 bakul makanan bernilai RM200 ribu dan di daerah Kota Setar 5000 bakul makanan bernilai RM500 ribu.

Program suntikkan vaksinasi covid 19 perlu di lipat gandakan di setiap PPV dengan tambahan kaunter.

Berdasarkan rekod negara negara seperti Amerika, Itali yang telah mencapai 40% pengambilan vaksinasi serta berjaya mengekang covid 19. Rakyat yang mendapat temujanji vaksinasi perlu hadir memenuhi temujanji, kewajiban mengambil vaksinasi perlu dipatuhi semua rakyat demi keselamatan dan maslahah orang ramai.

Pihak kerajaan negeri meminta semua JPKK seramai 2070 dan Jawatankuasa JPKK 11000 bertindak menjadi frontliners di peringkat akar umbi dengan menasihati orang ramai mematuhi SOP dan arahan KKM serta memantau tiada aktiviti aktivi sosial.

Seluruh rakyat Kedah harus bersatu dalam sama- sama memerangi pandemik yang belum berakhir ini.