Home Kenyataan Media PAS Selangor

STFC kerajaan Negeri Selangor gagal tangani wabak COVID-19 – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

256
SHARE

May be an image of 16 people and text that says "PAKATAN PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SELANGOR GAGAL COVID 19 DIPOLITIKKAN, BERMAIN DENGAN FITNAH MENYALAHKAN INSTITUSI LAIN, AKHIRNYA MERANAKAN NASIB RAKYAT"

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

19 Mei 2021 – Sidang Media Kerajaan Negeri Selangor hari ini sebenarnya telah memperlihatkan kegagalan besar Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor atau Selangor Task Force Covid 19 (STFC) yang diketuai oleh Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Pasukan STFC ini telah diwujudkan semenjak Mac 2020 dengan peruntukan besar RM400 juta oleh kerajaan negeri Selangor, namun Selangor tetap menjadi juara dalam kes jangkitan wabak Covid 19 hampir setiap hari.

Daripada sejumlah 485 ribu kes seluruh negara, Selangor mencatatkan rekod tertinggi dengan 155 ribu kes iaitu hampir 32% dari keseluruhan kes setakat hari ini. Jumlah tersebut jauh mengatasi Negeri Sabah yang menjadi negeri kedua tertinggi dengan 60 ribu kes. Manakala Kelantan dan Terengganu mencatatkan Negeri paling rendah kes jangkitan sebanyak 6 ribu dan 5 ribu kes sahaja.

Dalam kenyataan Dr Zulkefly beliau menyatakan Kerajaan Selangor tidak bersetuju PKPD atau “Full Lockdown” yg akan menyebabkan ekonomi terjejas terutama kepada peniaga peniaga kecil, menggambarkan pendirian kerajaan negeri hanya melihat ekonomi lebih penting daripada nyawa rakyat sendiri.

Menjadi persoalan rakyat Negeri Selangor ketika ini apabila sejumlah peruntukan besar RM400 juta masih tidak mampu membantu rakyat yang terjejas, kemana perginya wang sebegitu besar dibelanjakan?. Tambah persoalan lagi apabila Kerajaan Negeri tidak membelanjakan wang tersebut untuk membeli vaksin untuk rakyat Selangor.

Dr Zulkefly juga menyatakan “Lockdown” akan menjejas minda dan emosi kanak-kanak dan remaja, namun tidak ada statistik atau kajian yang menunjukan ada sejumlah besar anak muda ramaja yang terjejas minda dan emosi mereka ketika perlaksanaan PKPD atau lockdown seluruh negara tahun lepas.

Kerajaan negeri Selangor terus bermain wayang dengan menyatakan usaha meneruskan strategi melawan covid dikilang-kilang dan kawasan industri, yang kita sediri maklum pencemaran sungai dari kilang-kilang depan mata itu mereka gagal tangani, inikan lagi wabak Covid 19 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun menjadi persoalan lagi jumlah Kluster Covid-19 di kilang pula semakin bertambah.

EXCO Selangor Dr Siti Mariah menyatakan bahawa semua DUN akan melaksanakan pemeriksaan covid bagi membuat saringan kepada penduduk, namun sejauh mana penduduk dimaklumkan, siapa yang perlu buat saringan adakah ia percuma atau adakah saringan itu hanya dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga. Apa guna buat saringan jika tidak buat lockdown, lepas saringan rakyat masih bebas keluar berhadapan ancaman wabak Covid-19.

Tambah beliau “Tidak ada makna jika buat full lockdown kerana kes akan meningkat semula selepas habis full lockdown”. Namun data menunjukan semua daerah bagi Negeri-Negeri lain yang melaksanakan PKPD seperti Kelantan Kedah, Sabah, Pahang dan yang lain tidak menunjukan peningkatan jangkitan selepas tamatnya lockdown di daerah tersebut melainkan hanya di Selangor sahaja yang masih tidak bersetuju lockdown di beberapa daerah.

Pasukan STFC ini hanya mampu menuding jari pada Kerajaan pusat setelah melihat sendiri kegagalan mereka menangani penyebaran wabak Covid 19 ini di Selangor. Hasilnya mereka hanya membuat keputusan mudah bahawa dengan kaedah memastikan semua rakyat di Selangor mengambil vaksin, tanpa melakukan usaha-usaha sebagaimana Rasulullah SAW sebut dalam hadis Baginda agar wabak ini dikawal dengan tidak keluar dari kawasan wabak dan tidak masuk ke kawasan wabak.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Tindakan kerajaan negeri yang tidak mahu memberi kerjasama dan menentang cadangan PKPD yang mahu dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan hanya bersifat kepentingan politik. Mereka mahu menutup kelemahan sendiri sehingga sanggup mengagalkan usaha rakyat dan negara ini bagi mengawal wabak sebagaimana pesanan Baginda Rasulullah SAW.

Persoalan jelas disini yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi, para Ulamak serta pakar kesihatan yang ada sekarang bahawa wabak covid-19 hanya boleh dikawal melalui kawalan ketat pergerakan rakyat sebagaimana kejayaan kita ketika lockdown 1.0 tahun lepas dan lockdown yang dibuat oleh negara China dan jiran kita Brunei Darul Salam.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor