Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selebriti Terkenal Pilih Calon Bertaqwa untuk PRU 14

1364
SHARE

Terbaru tular video pesanan buat pengundi daripada ‘Ustazah Selebriti’ (klik di sini).

Berikut merupakan tulisan semula ucapan beliau yang disalin oleh saudari Hayati,

“Saya Ustazah Norhafizah Musa ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari Rabu, 9 Mei ini.

Tuan puan sekalian, soal kepimpinan, masa depan kepimpinan bukan soal yang kecil. Itu adalah tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah S.W.T.

Undilah tuan puan.

Dan apapun kalau tanya Ustazah, siapakah pilihan hati Ustazah, Ustazah memilih untuk mengundi orang-orang yang bertaqwa,

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yg bertaqwa.

Orang yang bertaqwa akan pilih pemimpin juga dari kalangan orang-orang yang bertaqwa,

Yang jelas prinsip perjuangannya, yang hidup dengan cara Islam, yang betul-betul nak meninggikan syariat Allah, yang meletakkan keyakinan dan keimanan yang benar-benar kepada Allah.

Maka tuan puan, study (selidik) lah sikit perjuangan setiap calon itu, siapa calon itu sebab insyaAllah kalua kita benar-benar inginkan ketaqwaan, inginkan menjadi orang yang bertaqwa, Allah akan gerakkan hati kita dan bimbing kita untuk memilih daripada kalangan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Jadi insyaAllah kalau tanya Ustazah, mudah-mudahan Allah S.W.T menjadikan Ustazah orang-orang yang yakin dengan Allah S.W.T, ketika mana kita yakin dengan Allah S.W.T, apa sahaja yang Allah suruh kita lakukan kita lakukan sehabis daya yang kita boleh buat. InsyaAllah Allah S.W.T akan tolong.

Alhamdulillah Ya Allah, dengan keyakinan yang Engkau berikan, tak ada rasa susah hati, tak ada rasa payah nak fikir, senang sahaja, siapa yang nak menobatkan Islam, nak mendaulatkan Islam, InsyaAllah yang mengikuti perjuangan nabi s.a.w insyaAllah itulah pilihan Ustazah.

Selamat mengundi semua.”