Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Himpunan UMMAH : Jangan Undi Mereka Yang Perangi Agenda Islam

96 views
SHARE

Himpunan UMMAH : Jangan Undi Mereka Yang Perangi Agenda Islam

Himpunan Deklarasi Pimpinan NGO dan Tokoh NGI, Tsunami Melayu-Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini menyeru rakyat Malaysia mempertahankan agama Islam.

Seruan tersebut dibuat oleh okoh-tokoh Melayu-Islam dalam ucapan mereka di majlis itu yang bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi.

Rata-rata wakil NGO membicarakan soal kesedaran umat Islam dan meminta Islam dimartabatkan terutama bersempena Pilihan Raya Umum 14 ini.

Antara tokoh yang berucap ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato’ Zainul Rijal, Dato’ Rosman Mat Deli dan ramai lagi.

Di akhir himpunan, satu deklarasi telah disepakati; diumumkan oleh Hj Aminuddin Yahya iaitu Ketua Sekretariat UMMAH.

Berikut adalah teks penuh Deklarasi Kesatuan Ummah Putrajaya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Menyedari tentang kepentingan kedudukan orang Melayu sebagai penduduk bangsa majoriti di tanah air Persekutuan Malaysia.

Meyakini tentang tanggungjawab terhadap masa depan dan kemajuan generasi anak cucu cicit orang Melayu.

Memahami bahawa Persekutuan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang beridentitikan Islam.

Bahawa dengan ini “DEKLARASI KESATUAN UMMAH PUTRAJAYA” pada hari ini menyatakan bahawa kami, dengan penuh tawaduk dan ikhlas di hadapan Allah SWT dan ummah:

1. Bersetuju semua NGO Islam dan Melayu bersungguh-sungguh mempertahan dan memperkasakan kedaulatan Islam dan Malaysia sebagai agama Persekutuan.

2. Bersetuju bahawa semua NGO Islam dan Melayu mesti bersatu dalam mempertahankan kedudukan agama Islam dan orang-orang Melayu daripada ancaman pengaruh asing yang mengancam keselamatan negara.

3. Bersetuju memperkasakan umat Islam dan bangsa Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi, budaya dan teknologi.

4. Bersetuju mempertahankan kuasa politik orang Melayu dan Islam di Malaysia sebagai kuasa rakyat majoriti untuk menjamin kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

5. Bersetuju dan bersedia untuk menyokong calon-calon pilihan raya umum yang tegas dan berintegriti mempertahankan kedaulatan Islam di negara ini.

6. Menyeru umat Melayu Islam untuk keluar mengundi sebagai satu kewajiban warganegara dan memilih calon-calon yang berintegriti serta tegas memperjuangkan kedaulatan Islam dan hak-hak orang Melayu .