Home Berita PAS Sarawak

Selamatkan tanah NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera) dari kepupusan

3395
SHARE

Isu pemilikan tanah NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera) adalah perkara umum yang sering menjadi pertikaian antara penduduk asal dan agensi pembangunan. Pemahaman penduduk asal@pribumi dengan agensi pembangunan mengenai pengertian sempadan tanah adat yang sedikit berbeza antara satu sama lain.

Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Oleh kerana penduduk asal telah menetap di tanah mereka sejak beberapa generasi maka hak mereka telah diakui oleh undang-undang.

Tanah hak adat masyarakat Dayak merangkumi:
Tanah ‘Temuda’ terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan; dan

‘Pemakai Menua’ merangkumi kawasan tanah atau wilayah yang dipegang oleh masyarakat rumah panjang atau desa dan termasuk ladang, kebun, kebun buah, perkuburan, sungai dan hutan dara dalam batas yang ditetapkan (antara atau garis menua). ‘Pemakai Menua’ juga termasuk ‘jeramie’, ‘Temuda’ (tembikai), ‘pulai, pala, kebun, pala umai, dan payong temuda’ (hutan dara yang telah ditinggalkan tanpa diusahakan sebagai sumber hutan untuk kegunaan domestik seperti kayu untuk bangunan dan mengekalkan rumah panjang atau untuk keranda untuk orang mati).

‘Pulau Galau’ merangkumi kawasan hutan sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya dikelilingi oleh ‘Temuda’ atau tanah adat yang sengaja dirizabkan oleh individu atau masyarakat melalui generasi dan dibiarkan tidak bersih atau tidak ditanam sebagai sumber untuk keperluan domestik masyarakat.

Secara khusus, ‘Pulau Galau’ menyediakan komuniti rumah panjang dengan barang-barang penting seperti rotan dan produk hutan lain dan kayu untuk pembinaan rumah, keranda untuk orang mati dan untuk membina bot dan sebagainya. Di mana ‘Pulau Galau’ besar, ia boleh menjadi kawasan berburu bagi masyarakat setempat dan ia juga merupakan kawasan tadahan air yang penting.

Pentadbiran Brooke di Sarawak juga menggalakkan, mengakui dan menerima ‘adat’ orang asli (termasuk Ibans) yang mempunyai ‘antara / garis menua’ antara rumah panjang atau kampung. Ini dapat dilihat di Sekretariat Pekeliling No. 12 tahun 1939 yang dikeluarkan pada tahun 1939.

Masyarakat Pribumi dan Bumiputera Sarawak yang telah berabad-abad lamanya mendiami di bahagian timur laut kepulauan Borneo.

Bagi masyarakat Dayak yang diketahui umum merupakan penduduk terbesar di Sarawak yang terdiri daipada kaum Iban, Kayan, Kenyah, Bidayuh, Penan, Beketan dan kaum-kaum kecil yang lain telah secara tradisi mempunyai hak untuk menggunakan tanah dengan mengamalkan adat-resam mereka sejak dari turun-temurun lagi. Mengikut undang-undang tanah adat Bumiputra [‘native customary land’ (NCL)] memang diakui sah kewujudannya.

PAS Sarawak mengesa agar kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg perlu memberi perhatian serius tentang masalah ini kerana banyak tanah-tanah NCR dan tanah pertanian penduduk Pribumi Sarawak telah diserah kepada pemaju tanpa pengetahuan mereka. Ada yang telah menjadi hak milik penuh pemaju dan penduduk Pribumi hidup merempat kerana tiada tempat untuk tinggal dan tempat bercucuk tanam.

Akibat tanah mereka diserah kepada pemaju, penduduk Pribumi akan terus terpinggir dari arus pembangunan dan akan dihalau keluar dari tanah mereka sendiri oleh pemaju yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira nasib yang akan menimpa penduduk asal yang sudah puluhan tahun menetap dan mencucuk tanam di kawasan tersebut.

Pihak kerajaan kena ingat apa akan terjadi sekiranya penduduk Pribumi dihalau dan tiada tempat tinggal dan tempat mereka mencari rezeki telah diambil alih oleh pihak pemaju? Adakah pihak kerajaan sanggup menanggung dan memberi tempat tinggal mereka yang lebih selesa disamping mereka boleh terus menyara kehidupan harian mereka bersama keluarga mereka?

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya penduduk Pribumi Sarawak ialah betapa mudahnya pemaju mendapatkan pemilikan tanah di kawasan penduduk Pribumi tanpa pengetahuan mereka, sementara mereka yang mewarisi tanah datuk moyang mereka berdekad lamanya dan telah banyak kali memohon hak milik tanah warisan mereka tetapi tidak dilayan dan tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Kita mengesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini, bagaimana pemaju dengan mudah mendapat hak milik di kawasan tanah NCR atau tanah temuda penduduk Pribumi tanpa pengetahuan mereka. Ini seolah-olah ada unsur penyalahgunaan kuasa terhadap hak milik penduduk Pribumi diberi kepada pemaju disebabkan pemaju mampu membayar premium tanah yang tinggi sedangkan penduduk Pribumi tidak mampu membayar premium tanah yang tinggi.

Pihak berkuasa juga perlu menyiasat dengan terperinci bagaimana proses penyerahan tanah kepada pemaju di kawasan tanah adat penduduk Pribumi berlaku tanpa pengetahuan mereka. Adakah ada unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah berlaku semasa prosess pemohonan dan kelulusan tanah adat kepada pemaju?

Kami mengesa agar kerajaan Sarawak jangan gadaikan tanah NCR dan tanah penduduk Pribumi kepada pemaju atau pelabur asing semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tanpa mengira nasib penduduk Pribumi dan tempatan yang tidak memiliki tanah untuk tempat tinggal akibat dihalau keluar oleh pemaju yang sudah diberi hak milik keatas tanah datuk moyang mereka yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Kami mencadangkan agar tanah NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera), ‘Pemakai Menua’, ‘Pulau Galau’ dan juga tanah adat Melayu Sarawak perlu digazetkan sebagai tanah yang tidak boleh dijual atau dimiliki oleh pemaju atau pelabur asing sebagai hak milik peribadi atau syarikat. Tanah tersebut boleh dimajukan bersama dengan penduduk Pribumi dengan syarat mereka dimaklumkan terlebih dahulu.

Pihak berkuasa perlu bersikap adil dalam melayan pemintaan penduduk Pribumi yang memohon hak milik tanah warisan moyang mereka. Tanah yang tidak dimajukan boleh digunakan secara usaha sama dengan pemaju dengan syarat tanah tersebut tetap milik Pribumi tanpa perlu digadaikan atau diberi hak milik kepada pemaju atau pelabur asing.

Kerjasama dengan pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini dengan segera sebelum pilihan raya umum ke14 adalah sangat dihargai. Iktirafkan tanah Pemakai Menoa, Pulau Galau dan juga Tanah Adat Melayu Sarawak dari kepupusan dan jatuh ke tangan pemaju dan pelabur asing.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

……………………………………………………………………………….

English version

Save the NCR (Native Customary Rights) land from extinction

The land ownership issue of NCR (Native Customary Rights) is a common thing that often becomes a dispute between the original inhabitants and development agencies. The understanding of the natives with development agencies on the meaning of customary land boundaries a little different from each other.

Under Section 2 (a) of the Sarawak Land Code, Native Customary Land (NCL) is defined as “the land where the Native Customary Rights (NCR) has been found communal or otherwise in accordance with the law before 1st January 1958 and still validly treated “. Since the original inhabitants have settled on their land for generations, their rights have been recognized by the law.

Dayak’s customary land rights include:
The land of ‘Temuda’ consists of land that has been planted with crops and also land that was previously planted but was abandoned in accordance with the cultivation cycle for the purposes of soil fertility and forest conservation;

‘Pemakai Menua’ covers land or territories held by longhouse or village communities and includes farms, gardens, orchards, cemeteries, rivers and virgin forest within the prescribed limits (between or the borderline). ‘Pemakai Menua’ also includes’ jeramie ‘,’ temuda ‘(melon),’ pulai, nutmeg, garden, umai tree, and tropical umbrella ‘(virgin forest that has been left untouched as a forest source for domestic use such as wood for building and maintaining longhouses or for coffins for the dead).

‘Pulau Galau’ covers the forest area either entirely or partly surrounded by ‘Temuda’ or customary land that is deliberately reserved by individuals or societies through generations and left unchecked or not planted as resources for the domestic needs of the community.

Specifically, ‘Pulau Galau’ provides a longhouse community with important items such as rattan and other forest products and wood for home construction, coffin for the dead and for building bots and so on.Where the ‘Pulau Galau’ is big, it can be a hunting area for the local community and it is also an important water catchment area.

The Brooke Administration in Sarawak also encourages, recognizes and accepts ‘custom’ indigenous people (including Ibans) who have ‘between / borderlines’ between longhouses or villages. This can be seen in Secretariat Circular No. 12 of 1939 issued in 1939.

The Indigenous Peoples and Bumiputera of Sarawak who has lived in the northeastern part of the Borneo Island for centuries.

For the Dayak community is well known as the largest population in the state comprising the Iban, Kayan, Kenyah, Bidayuh, Penan, Beketan and other minor races have traditionally had the right to use the land by practicing their customs since their generations.

According to the customary land law of Bumiputra [‘native customary land’ (NCL)] it is recognized legally its existence.

Sarawak PAS urge the state government under the leadership of Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg should pay serious attention to this issue because a lot of NCR lands and agricultural lands of the Indigenous people of Sarawak has been handed over to developers without their knowledge. Some have become the property of the developer and Indigenous population homeless because there is no place to stay and the place of planting.

As a result of their land being handed over to developers, the Indigenous people will continue to be marginalized from the mainstream of development and will be driven out of their own land by developers regardless of the fate that will befall the original inhabitants who have been living for decades and planting in the area.

The government has to bear in mind what will happen if the Indigenous people are driven and no place to live and where they are looking for sustenance has been taken over by the developer? Are the governments willing to sustain and give their homes more comfortable besides they can continue to support their daily lives with their families?

The question that is often a question mark of the Sarawak Indigenous people is how easily the developers get land ownership in the Indigenous area without their knowledge, while those who have inherited their ancestral lands for decades and have applied for their land titles but are not entertained and are not recognized by the government.

We urge authorities to investigate this matter, how developers easily gain ownership in NCR land or native land of Indigenous peoples without their knowledge. It seems that there is an element of abuse of power over the ownership of the Indigenous people given to developers as developers are able to pay high land premiums while Indigenous peoples are unable to afford high land premiums.

Authorities also need to investigate in detail how the process of land transfer to developers in the indigenous custom land area occurred without their knowledge. Are there any elements of abuse of power and corruption occurring during the application process and customary land approval to the developer?

We urge the Sarawak government not to pledge NCR land and Native land to developers or foreign investors solely for profit regardless of the fate of indigenous and local residents who have no land for residence as a result of being driven by developers who have been granted property to their ancestral lands that are not recognized by the government.

We propose that NCR lands, ‘Menua Pemakai’, ‘Pulau Galau’ and as well as Sarawak Malay customary land should be gazetted as land which cannot be sold or owned by foreign developers or investors as private or company ownership. The land can be developed together with Indigenous people provided they are informed in advance.

Authorities should be fair in treating the demands of the Indigenous people who are claiming their ancestral land titles. Non-developed land may be used in collaboration with developers provided that the land is still owned by the Native without having to be mortgaged or given ownership to the developer or foreign investor.

Collaboration with the authorities to address this problem immediately before the 14th general election is highly appreciated. Recognize the land of Pemakai Menoa, Pulau Galau as well as Sarawak Malay Customary Land from extinction and fall into the hands of developers and foreign investors.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief