Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina 2018

3737
SHARE

DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tioghua dan Cina yang menyambutnya pada tahun ini.

Allah S.W.T telah merakamkan dalam Al-Quran mengenai kepelbagaian bangsa agar kita saling kenal-mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Kepelbagaian bangsa bukan bermakna kita perlu untuk saling bermusuhan, saling tidak memahami dan saling berperang. Tetapi, hakikatnya, kepelbagaian bangsa membolehkan kita saling belajar mengenai perbezaan masing-masing. Andai kita bersatu di sebalik perbezaan ini, maka sudah pasti kita akan mampu menghasilkan satu kesepaduan yang cukup utuh di negara ini.

Justeru, semoga kepelbagaian bangsa di negara ini tidak menjadi penghalang buat kita semua untuk sentiasa bersatu padu malah kepelbagaian inilah yang akan mewujudkan kesepaduan antara kita semua. InsyaAllah.

Semoga perayaan pada tahun ini akan menghadiahkan semangat baru buat kalian semua. Raikan tahun baru ini bersama keluarga yang tersayang!

恭喜发财,新年进步 2018
Gong Xi Fa Cai 2018
Happy Chinese New Year

‘Sejahtera Bersama Islam’
‘Muslimat Memacu Kemenangan’

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Jamadil Awal 1439
15 Februari 2018