Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Kasih Rumah Warga Emas Happy Old Folk di Jalan Khalsa of Jalan Ipoh (Parlimen Batu).

85 views
SHARE

Seramai 16 orang tua Cina disantuni oleh rombongan pemuda PAS WP & Batu yang diketuai oleh Ketua DPPK Batu Ustaz Norhan Hamsi. Turut hadir bersama Naib Ketua DPPWP yang juga merupakan Pengerusi LPN DPPWP Ust Obeid Akhla dan saff kepimpinan DPPWP dan Exco DPPK Batu.

Rumah warga emas ini menempatkan orang tua Cina yang uzur dan tidak dipedulikan keluarga. Mereka menyambut kehadiran kunjungan ini dengan senyuman mesra.

Walaupun mereka sudah uzur namun mereka tetap ramah berbual dengan rombongan pemuda. Terpancar keceriaan diwajah mereka apabila menerima pelawat yang sedikit sebanya dapat menghiburkan hati mereka dikala usia senja ini.

Sebelum pulang, pihak rombongan menyerahkan Goodies Bag kepada seluruh warga penghuni Rumah Warga Emas bagi meraikan mereka sempenan Tahun Baru Cina yang bakal kunjung tiba. Sumbangan barangan keperluan harian seperti beras,minyak, gula, susu, sabun dan sebagainya turut diserah kepada Encik Rudie yang merupakan Pengurus rumah tersebut.

Harapan kami kunjungan ini akan berterusan di masa depan bagi mengerat hubungan antara kaum terutama mereka yang sudah uzur dan tidak mempunyai siapa siapa lagi dalam kehidupan.

– Anjuran : LPN DPPWP & DPPK Batu.