Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021

315
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selari dengan tema sambutan pada tahun ini, ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’, ianya menunjukkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan komited dalam menjaga kebajikan dan prihatin akan kelangsungan hidup rakyat khususnya warga kota di Wilayah Persekutuan.

PAS berharap agar seluruh pemimpin masyarakat Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tan Sri Anuar Musa selaku Menteri Wilayah Persekutuan serta agensi-agensinya dapat menjalankan tanggungjawab dengan berintegriti dalam mentadbir dan menjaga rakyat.

Pujian diatas ketegasan yang telah dibawa oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensinya dalam usaha memakmurkan wilayah yang pada masa sama prihatin dalam memudahkan urusan rakyat mencari rezeki.

Sambutan pada tahun ini diraikan dengan suasana norma baharu kerana negara berada dalam fasa menangani wabak COVID-19. Justeru, PAS menyeru kepada seluruh rakyat agar bersatu hati dan berpadu tenaga dalam meletakkan fokus memerangi pandemik sehingga ke akhirnya. Patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sebaiknya.

Akhir sekali, PAS berharap agar negara kita dilimpahi rahmat serta kemakmuran daripada Allah SWT khususnya di Wilayah Persekutuan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 Februari 2021 | 19 Jamadil Akhir 1442