1. Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) mengucapkan selamat menyambut Hari Guru tahun 2021 kepada warga pendidik di seluruh Malaysia.
2. Guru adalah insan yang menyinari kegelapan hidup seorang manusia, agar terus melangkah mengenal erti hidup, berkeluarga, bekerjaya sehinggalah menjadi manusia yang berguna.
3. Kita memahami, pandemik Covid-19 ini memberikan kesan kepada warga pendidik dan anak pelajar untuk menyesuaikan pembelajaran mereka. Namun, atas kesungguhan dan semangat yang tidak mudah patah, tanggungjawab seorang pendidik dilaksanakan dengan baik walaupun dalam keadaan norma baharu.
4. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan warga pendidik seluruh Malaysia.
‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’
ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN
DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK
• Pesuruhjaya PAS Melaka
• Penasihat Agama YAB Ketua Menteri Melaka
#HariGuru2021
#Aid4Palestine
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .