Home Artikel PAS Kedah

Selamat memperingati peristiwa Israk & Mikraj

251
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin mengucapkan selamat memperingati peristiwa Israk & Mikraj buat seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.

Baginda Muhammad S.A.W telah dijalankan (Israk) oleh Allah S.W.T dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa, kemudian telah dinaikkan (Mikraj) ke langit ke-7 hingga melepasi Ārash untuk bertemu dengan Allah S.W.T.

Baginda Muhammad S.A.W telah menerima ibadah Solat ketika bertemu dengan pencipta, bermula 50 waktu hinggalah menjadi 5 waktu sahaja.

Pengorbanan Baginda bukanlah sedikit, sanggup untuk naik-turun hanya untuk meminta Allah S.W.T untuk mengurangkan jumlah waktu kerana bimbang pada umatnya terkemudian.

Di sebalik perjalanan teragung ini, terdapat pelbagai ibrah yang boleh kita pelajari dan telusuri untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan.

Paling utama adalah pengsyariatan solat 5 waktu sehari semalam buat umat Baginda Muhammad S.A.W. yang harus diperjuang agar solat dijadikan agenda utama dalam kehidupan seharian.

Marilah sama-sama untuk menjaga Solat, tunaikan solat di awal waktu untuk menghargai pengorbanan Baginda dalam peristiwa Israk Mikraj.