Home Kenyataan Media PAS Perlis

Selamat Maju Jaya Untuk Pelajar SRITI Perlis

144 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK PELAJAR SRITI PERLIS.

1. Adik Muhammad Faizal bin Sulaiman, murid tahun 6 di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan akan mewakili Perlis dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2019.

2. Pemuda PAS Perlis begitu berbangga dengan pencapaian dan kejayaan adik Faizal ini.

3. Justeru, kami mendoakan agar adik Faizal memperoleh kemenangan dalam acara yang beliau sertai.

4. Pemuda PAS Perlis juga menyeru semua anak-anak SRITI Perlis supaya dapat menjadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk terus menempa nama di peringkat tertinggi pada masa hadapan.

Yang benar,
USTAZ MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
20 April 2019 | 14 Syaaban 1440H