Home Artikel PAS Perlis

Pelajar SRITI Wakil Perlis ke MSSM

838 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : SRITI Perlis terus mencatat nama di persada kecemerlangan apabila seorang lagi muridnya bakal mewakili negeri Perlis dalam acara olahraga.

Muhammad Faizal bin Sulaiman, murid tahun 6 Ibnu Qayyum SRI Al Furqan, akan membawa cabaran negeri Perlis dalam Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2019, kategori Bawah 12 Tahun.

Murid yang berasal daripada Taman Bunga Padi, Kangar ini akan bertanding dalam acara 100 meter, 200 meter, 4×100 meter dan 4×200 meter dalam kejohanan yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 April 2019, di Kompleks Sukan Educity Nusajaya, Johor.

Pada peringkat MSSPs, beliau telah bergelar Olahragawan kejohanan setelah membawa pulang 4 pingat emas serta berjaya memecahkan rekod kejohanan dalam dua acara individu.

Sebelum ini, seorang lagi pelajarnya telah terpilih mewakili negeri Perlis dalam Acara Ping-pong Bawah 12 Tahun MSSM pada 24 – 28 Mac yang lalu.